Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya Malaysia anjur rumah terbuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri, Datin Roslina Ismail, kelmarin, tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Syawal ini dengan mengadakan rumah terbuka di kediaman mereka dengan menyediakan pelbagai makanan Malaysia yang istimewa termasuklah rendang dan lontong.

    Antara tetamu jemputan di rumah terbuka itu adalah terdiri daripada kalangan menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua misi di Brunei Darussalam serta pegawai kanan kerajaan.

    TYT Dato’ Raja Reza berkata, “Tahun ini saya amat berbesar hati kerana dapat menjemput lebih ramai tetamu untuk menghadiri rumah terbuka Hari Raya saya berikutan penarikan sekatan COVID-19 berbanding tahun lepas di mana saya tidak dapat menjemput ramai tetamu kerana sekatan dan batasan yang dikenakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.”

    Pada masa yang sama, beliau semasa ditemui bersama Datin Roslina, juga melahirkan rasa terima kasih atas kehadiran beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Mohamed Riza bin Dato Paduka Haji Mohamed Yunos.

    Hadir sama ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

    “Saya gembira dapat menghidangkan tetamu kami dengan juadah istimewa Hari Raya tradisional Malaysia termasuk ketupat, lemang, lontong, rendang dan pencuci mulut seperti pengat pisang dan tidak melupakan minuman khas Malaysia teh tarik,” tambah Tuan Yang Terutama.

    Sementara itu mengulas mengenai juadah hari raya, Datin Roslina mengongsikan bahawa juadah yang terdapat di negara ini dengan Malaysia adalah hampir sama cuma ia mungkin berbeza dari segi rasa dan penyediaan manakala sambutan perayaan juga diadakan lebih kepada saudara-mara dan sahabat handai yang mana serupa dengan sambutan di kebanyakan negara di rantau ini yang meraikannya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa bergambar ramai pada majlis rumah terbuka Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
    Menteri-menteri kabinet bergambar ramai dengan TYT Dato’ Raja Reza dan tetamu lain.
    TYT Dato’ Raja Reza bersama tetamu yang menghadiri majlis rumah terbukanya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...