Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pioli sambung kontrak sehingga 2025

    MILAN, 1 NOV – Jurulatih Stefano Pioli menandatangani kontrak baharu dengan AC Milan sekali gus mengikat dirinya dalam Serie A sehingga tahun 2025, kata kelab Itali itu baru-baru ini.

    “AC Milan gembira untuk mengumumkan Stefano Pioli telah menyambung kontrak beliau sehingga 30 Jun 2025,” kata Milan dalam satu kenyataan.

    Pioli, dalam kontrak sebelum ini yang bakal berakhir pada penghujung musim ini, telah membawa Milan memenangi kejuaraan liga sejak 11 tahun lalu pada musim lepas selepas mengambil alih kelab itu pada Oktober 2019.

    Jurulatih berusia 57 tahun itu juga hampir membawa juara tujuh kali Europa ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak kempen 2013-14.

    Milan memerlukan hanya satu mata di San Siro menentang Salzburg pada Khamis ini untuk mengesahkan tempatnya dalam kelompok 16 terakhir bersama-sama Napoli dan Inter Milan.

    Namun, mereka tidak berjaya mempertahankan gelaran juara dalam Serie A selepas tewas 2-1 menentang Torino yang melebarkan jurang mereka dengan pendahulu liga, Napoli sebanyak enam mata. – AFP

    Aksi jurulatih Stefano Pioli semasa perlawanan antara Torino dan AC Milan di stadium Grande Torino, Turin, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...