Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PM Perancis arah pengambilalihan depot minyak

    PARIS, 11 OKT – Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne mengumumkan satu keputusan untuk mengambil alih pekerja mengoperasi depot petrol ExxonMobil Perancis cawangan Esso dan mengancam melakukan perkara yang sama kepada kumpulan Total, di tengah-tengah mogok yang membawa kepada krisis minyak di stesen minyak negara itu.

    Langkah-langkah drastik itu dibuat ketika pemandu menunggu dalam barisan panjang untuk mengisi minyak kereta dan stesen minyak pula ditutup ketika menunggu penghantaran yang menjadi pemandangan semakin biasa di Perancis dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

    Pengambilalihan membolehkan pihak berkuasa untuk mengarahkan beberapa pekerja depot petrol yang terjejas oleh mogok untuk kembali bekerja. Tidak jelas bagaimana arahan itu akan dilaksanakan. Satu langkah serupa dilaksanakan dalam 2010 semasa mogok di loji-loji minyak Perancis.

    Berucap di Dewan Perhimpunan Kebangsaan hari ini, Borne mengatakan 30 peratus dari stesen minyak Perancis mengalami kekurangan bekalan sementara dalam sekurang-kurangnya satu atau lebih jenis minyak. Dia menekankan kekurangan itu berbeza dalam beberapa kawasan, dengan Paris dan utara Perancis teruk terjejas – menjadikan kehidupan pemandu sukar. – AFP

    Kenderaan kelihatan berbaris di sebuah stesen minyak di Paris ketika mogok pekerja depot menjejaskan bekalan minyak negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...