Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Polis Evo 3 setaraf filem Hollywood

    Filem aksi paling ditunggu ramai, Polis Evo 3 kini hangat menjadi bualan seawal filem ini menjengah pawagam pada 25 Mei di Malaysia baru-baru ini.

    Naskhah kali ini mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu mereka yang lebih rumit.

    Persahabatan mereka kali ini diuji apabila suspek yang diburu, Reza mempunyai kaitan dengan kisah silam Khai. Akibatnya, keluarga Sani turut menjadi sasaran.

    Meneruskan vibes yang dibawa menerusi dua filem terdahulu, sequel terkini arahan Syafiq Yusof tampil dengan formula dan rencah serba cukup untuk memastikan filem ini berada pada tahap lebih atas, sekali gus memberi kepuasan kepada penonton.

    Syafiq ternyata tahu apa yang diinginkan penonton dengan menyajikan babak aksi memukau dengan elemen komedi yang digerakkan seiring.

    Antara babak menarik dalam Polis Evo 3. – Agensi

    Pengarah muda ini menampilkan kreativiti membanggakan menerusi hasil kerjanya kali ini, baik dari segi plot penceritaan, perkembangan karakter, aksi dan segala aspek yang diberikan perhatian teliti.

    Keseronokan menonton filem ini ternyata berbeza, malah terasa seperti sedang menikmati naskhah dari Hollywood yang sering menjadi pilihan ramai.

    Salah satu babak menarik ketika watak Reza meloloskan diri daripada kenderaan polis yang menyajikan aksi cukup menarik dan mendebarkan.

    Gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak sememangnya tidak mampu disangkal lagi apabila kedua-dua tampil serasi, malah mengisi peranan dengan begitu berkesan sebagai tonggak penceritaan.

    Tidak hanya itu, Sharnaaz yang tampil sebagai watak antagonis juga menyerlah sebagai Reza. Di sebalik paparan bengis dan dendamnya, Sharnaaz mengusik emosi penonton dengan lakonan berkesannya.

    Meski ada beberapa babak yang mungkin kelihatan agak klise, tetapi naskhah ini tetap hebat dengan cara mereka yang tersendiri.

    Paling membanggakan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu cemerlang pada hari tayangan rasminya dengan kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal.

    Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem Hollywood, Fast X dengan kutipan melebihi dua kali ganda pada Khamis lalu, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...