Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Polis Norway rampas 800 kilogram kokain

    COPENHAGEN, DENMARK, 31 MAC – Polis membuat rampasan kokain terbesar di Norway apabila mereka menemui 800 kilogram dadah itu dalam kotak buah-buahan di Oslo, kata pegawai.

    Agensi berita Norway, NTB berkata lewat semalam dadah tersebut ditemui pada minggu ini berikutan maklumat daripada polis Jerman yang merampas 1,200 kilogram di Potsdam pada Selasa.

    Polis tidak mendedahkan tarikh sebenar kokain ditemui di Oslo atau di mana buah-buahan berasal. Tidak ada sesiapa yang telah diberkas di Norway.

    Jurucakap polis, Grete Lien Metlid dipetik oleh NTB sebagai berkata ia merupakan rampasan terbesar di Norway. Beliau berkata masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada kokain itu untuk pasaran Norway, atau Norway digunakan sebagai tempat transit.

    “Kami tidak boleh mengetepikan terdapat rangkaian yang lebih besar dengan hubungan kepada Norway,” beritahu Lien Metlid kepada NTB.

    Rampasan kokain terbesar sebelum ini di Norway adalah pada 2013 apabila 153 kilogram dirampas dan 145 kilogram kokain tersembunyi dalam peti pisang, menurut agensi berita itu. – AP

    Pejabat pengimport buah Bama di Oslo, Norway pada 30 Mac 2023. Penemuan kokain dalam kotak buah-buahan di Jerman mendedahkan 800 kilogram kokain di gudang Bama. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...