Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Populasi menurun kerana ketidaksaksamaan jantina

    TOKYO, 27 JULAI – Menteri bagi Kesaksamaan Jantina dan Kanak-kanak Jepun hari ini mengelar rekod kelahiran yang rendah dan jumlah penduduk yang menurun di negara itu sebagai krisis negara dan menyalahkan ‘ketidakpedulian dan kejahilan’ dalam parlimen yang didominasi oleh lelaki.

    Dalam temu bual bersama The Assosiated Press, Seiko Noda berkata penurunan mendatar jumlah kelahiran anak damit di Jepun adalah masalah yang sedia ada, dengan mengatakan negara itu tidak akan mempunyai jumlah askar, polis atau bomba yang mencukupi dalam tempoh beberapa dekad akan datang sekiranya perkara itu berlanjutan.

    Angka kelahiran anak damit tahun lalu adalah yang terendah iaitu 810,000, menurun dari 2.7 juta selepas Perang Dunia Kedua, katanya.

    “Orang ramai mengatakan anak itu khazanah negara…Mereka mengatakan wanita sangat penting bagi kesaksamaan jantina. Tetapi mereka hanya cakap kosong,” Noda memberitahu AP. “Politik Jepun tidak akan berubah melainkan masalah kanak-kanak dan wanita diketengahkan.”

    Dia berkata terdapat beberapa sebab bagi kadar kelahiran yang rendah, berat sebelah jantina yang berterusan dan penurunan populasi di Jepun, “Tetapi di parlimen, saya merasakan terdapat ketidakpedulian dan kejahilan.” – AP

    Seiko Noda semasa ditemu bual oleh AP. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...