Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pound Mesir jatuh sejak tawaran IMF

    KAHERAH, MESIR, 5 JAN – Pound Mesir merudum kelmarin dengan kejatuhan terbesar dalam masa sehari sejak kerajaan itu bersetuju dengan tawaran AS$3 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada pertengahan Disember, kata pihak berkuasa.

    Pound Mesir jatuh sekitar 24.7 bersamaan dengan AS$1 kepada lebih 26.3 berbanding dolar, beberapa minggu selepas Mesir dan IMF secara rasmi meluluskan pakej sokongan, yang disahkan dalam perdagangan untuk beberapa perubahan kewangan yang ditetapkan oleh Bank Pusat negara itu, termasuklah langkah kepada kadar perdagangan yang boleh disesuaikan.

    Pakej tersebut membenarkan pembiayaan kewangan yang boleh dipertimbangkan sebanyak AS$14 bilion untuk Mesir.

    Ekonomi Mesir telah dilanda kesukaran oleh ketegasan kerajaan yang lama akibat penularan wabak virus koronavirus, dan kesan daripada perang di Ukraine. Mesir ialah pengimport gandum terbesar di dunia, dengan kebanyakan hasil barangan import lazimnya datang dari timur Eropah.

    Sejak awal tahun 2022, Pound Mesir telah meleset lebih 60 peratus daripada nilainya berbanding dolar, dengan negara itu kini berdepan kekurangan mata wang asing.

    Baru-baru ini, Mesir juga telah mengalami peningkatan inflasi, dengan kadar tahunan mencecah lebih 18 peratus pada bulan November.

    Pusat Bank Negara Mesir telah berusaha untuk membendung masalah itu dengan menaikkan kadar faedah.

    Bank Negara Mesir dan Banque Misr – dua daripada bank milik kerajaan Mesir – melaporkan mereka mengiklankan pelepasan sijil tabung simpanan dengan kadar faedah 25 peratus, para pakar menyebutkan ia sebagai satu lagi usaha untuk mengekang inflasi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...