Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PSB bakal anjurkan cabaran larian

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Lyna Mohammad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Dalam usaha menyokong dan mempromosikan Bandar Seri Begawan melalui pendidikan mengenai persejarahan monumen dan mercu tanda yang terdapat di negara ini, Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi akan menganjurkan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2021 pada 20 November depan.

    Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dalam sidang media di PSB hari ini, mengongsikan cabaran larian itu dikendalikan bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Beliau turut menjelaskan, antara lain tujuan program adalah untuk melestari dan mengembangkan sejarah, warisan dan seni bina Islam terutama yang terdapat di Bandar Seri Begawan.

    Selain itu, ia diharap dapat mendekatkan generasi muda dan belia serta pelajar dengan nilai dan kepentingan memahami sejarah tanah air.

    Katanya lagi, “Cabaran ini adalah kali kedua diadakan yang mana kali pertama diadakan pada 2019 sebagai aktiviti sampingan sempena pengiktirafan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamaduan Islam bagi Rantau Asia 2019.

    Dr Muhammad Hadi mengongsikan mengenai cabaran berkenaan pada sidang media.
    Ahli PSB menyampaikan penerangan berkaitan baju untuk peserta Cabaran Larian Sejarah Brunei 2021.

    “Program ini telah menerima Anugerah Pertubuhan, Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISES-CO) pada 17 Disember 2019 di Tunisia,” tambahnya.

    Antara lain objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan masyarakat khususnya generasi muda dan belia terhadap kepentingan sejarah dan warisan budaya seterusnya mendorong masyarakat untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan dan menyalurkan maklumat persejarahan Brunei dalam pelbagai cara.

    Beliau seterusnya menambah, cabaran itu akan disertai oleh 144 orang peserta daripada 48 pasukan dengan setiap pasukan diberikan masa tiga jam untuk menyelesaikan soalan pembayang. Para peserta digalakkan untuk membuat ujian pantas antigen (ART) sehari sebelum acara bermula.

    Dalam memeriahkan cabaran itu, beberapa acara sampingan turut diadakan untuk penyertaan orang ramai seperti persembahan akustik, senamrobik, perlawanan tekbol dan Beyblade serta pameran koleksi kereta klasik dan basikal.

    Dengan adanya program itu, ia diharap menjadi satu daya tarikan baharu yang mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri yang menarik, mudah difahami dan menyeronokkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...