Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PSG tandatangani Renato Sanches

    PARIS, 5 OGOS – Jurulatih baharu Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier kelmarin telah menandatangani pemain tengah Portugal, Renato Sanches dan katanya dia berharap untuk membawa masuk tiga lagi pemain sebelum jendela perpindahan tutup.

    Galtier, yang dilantik bulan lalu bagi menggantikan Mauricio Pochettino, telah memperkuat skuad juara Ligue 1 dengan mendapatkan seorang lagi pemain kebangsaan Portuhal, Vitinha, pemain pertahanan Perancis, Nordi Mukiele dan penyerang muda, Hugo Ekitike.

    Pembelian terbaharu di Parc de Princes itu akan digandingkan semula dengan Galtier yang sebelum ini pernah bekerjasama di Lille. Pemenang Euro 2016 berusia 24 tahun itu bersetuju dengan kontrak sehingga 2027, menurut kenyataan dikeluarkan oleh PSG.

    Setelah bergelut untuk memenuhi harapan susulan dibeli pada harga 35 juta euro oleh Bayern Munich dan kemudian dipinjamkan ke Swansea, pemain itu kembali menyerlah selepas berpindah ke Lille pada 2019.

    Perpindahan ke Lille ternyata berbaloi apabila Sanches membantu pasukan yang berpangkalan di utara Perancis itu merangkul gelaran Ligue 1 tanpa diduga.

    Galtier dan pemain kelab berharap aksi pemain itu dapat membantu memperkuatkan bahagian serangan yang dibarisi oleh Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar. – AFP

    Jurulatih PSG, Christophe Galtier semasa menghadiri sidang media di kem latihan PSG, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...