Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Punca enjin kereta terbakar masih disiasat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Bahagian enjin sebuah kereta hangus terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku dekat kawasan jambatan stesen minyak Jerudong petang, kelmarin.

    Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Jerudong, Ca-wangan Operasi F yang diketuai oleh Awang Rapidi bin Haji Matali telah dikejarkan ke lokasi tersebut sekitar jam 4:56 petang, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataannya, hari ini.

    Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran berlaku pada enjin kereta dan cuba dipadamkan oleh seorang kakitangan keselamatan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering namun apinya masih lagi menyala.

    Anggota bomba kemudian bertindak memakai alat pernafasan dan memadamkan api berkenaan menggunakan hose reel jentera di mana api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa dua minit.

    Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dengan tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

    JBP terus menyarankan orang ramai khususnya pengguna untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    Pengguna juga perlu sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik bertauliah kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan mencetuskan kebakaran.

    Kelihatan bahagian enjin sebuah kereta yang hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku dekat jambatan stesen minyak Jerudong.
    Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di bahagian enjin kereta berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...