Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pusat Vaksinasi Dewan Kemasyarakatan Temburong ditutup 13 Jun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Pusat Vaksinasi Dewan Kemasyarakatan, Daerah Temburong akan mula ditutup pada 13 Jun ini.

    “Sehubungan dengan itu, Perkhidmatan Program Vaksinasi COVID bagi keperluan penduduk Daerah Temburong akan diteruskan di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam,
    Temburong bermula 13 Jun ini,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mendapatkan suntikan vaksinasi COVID di fasiliti kesihatan tersebut sewaktu beroperasi iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari jam 8:15 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 1 hingga 3:30 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...