Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Puteri Norway lucut tugas diraja

    OSLO, 9 NOV – Puteri Norway, Martha Louise, melepaskan tugas diraja beliau untuk memberi tumpuan kepada perniagaan perubatan alternatif diusahakan bersama tunang yang mengaku dirinya adalah bomoh, menurut pihak istana, hari ini.

    Hubungan puteri berusia 51 tahun itu dengan Durek Verrett, seorang ‘guru rohani’ yang popular di Hollywood, menjadi bualan di Norway terutama selepas lelaki terbabit berpandangan bahawa penyakit kanser merupakan satu pilihan, dalam bukunya bertajuk ‘Spirit Hacking’.

    Malah, Verrett turut menjual medalion digelar ‘Spirit Optimizer’ dalam laman sesawangnya, di mana beliau mendakwa dapat membantu dirinya mengatasi jangkitan COVID-19.

    “Puteri… melepaskan peranannya sebagai penaung diraja… dan tidak akan mewakili istana pada masa ini. Bagaimanapun sejajar dengan kehendak Raja, Puteri akan mengekalkan gelarannya,” menurut pihak istana dalam satu kenyataan.

    Menurut istana lagi, apabila Puteri Martha berkahwin dengan Verrett kelak, lelaki itu akan menjadi anggota keluarga diraja tetapi tidak akan mempunyai gelaran atau mewakili monarki berkenaan.

    Puteri Martha yang mendakwa ‘boleh berkomunikasi dengan malaikat’, hilang gelaran kehormat ‘Duli Yang Amat Mulia’ pada 2002 apabila beliau memilih untuk menjadi tukang tilik.

    Pada 2019, beliau yang telah bercerai dan mempunyai tiga anak, bersetuju tidak menggunakan gelaran ‘Puteri’ dalam aktiviti komersialnya. – AFP

    Gambar bertarikh 16 Jun 2022 menunjukkan Puteri Martha Louise dan tunang Durek Verrett di Oslo, Norway. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...