Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rai Hari Kebangsaan dengan majlis khatam

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, hari ini.

    Majlis tahunan itu adalah bertujuan bagi menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan memanjat doa ke hadrat Allah SWT untuk keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta mengagungkan kesucian Al-Quran.

    Pada masa yang sama, ia juga untuk menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran dalam kalangan pegawai, kakitangan serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang telah memulakan majlis dengan memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

    Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB juga hadir ke majlis tersebut.

    Majlis Khatam Al-Quran tersebut disusuli dengan Dikir Marhaban dan Doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

    Majlis juga diserikan dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Persiapan Bagi Ramadan’ oleh Kapten Mohd Farid bin Mohd Raffi.

    Antara yang disentuh dalam tazkirah tersebut adalah mengenai peluang melipatkan gandakan amal ibadat kepada Allah SWT termasuk amalan-amalan fardu dan sunat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menyertai majlis khatam Al-Quran.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...