Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rantau Afrika catat 1,400 kes cacar monyet

    KIGALI, 1 JUN – Sebanyak 1,400 kes cacar monyet dilaporkan setakat tahun ini melibatkan tujuh negara di benua Afrika dengan 1,392 kes disyaki manakala 44 lagi kes tekah disahkan, menurut kenyataan pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Afrika kelmarin.

    Tujuh negara itu ialah Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Liberia, Nigeria, Republik Congo dan Sierra Leone, lapor agensi Anadolu.

    Sehingga 2019, kes cacar monyet di Nigeria dilaporkan terutamanya di selatan negara itu. Tetapi sejak 2020, virus itu telah merebak ke kawasan tengah, timur dan utara. 

    Cacar monyet pertama kali dikesan menjangkiti manusia pada 1970 di rantau Afrika, dan sejak itu, kebanyakan kes telah dilaporkan di kawasan hutan hujan dan luar bandar.

    Pada 2017, terdapat peningkatan kes yang mendadak, dengan lebih 2,800 kes disyaki dilaporkan di lima negara.

    Kes terus melonjak pada 2020, dengan lebih 6,300 kes disyaki, menyaksikan Republik Demokratik Congo menyumbang 95 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Jumlah itu kemudian menurun pada 2021 kepada sekitar 3,200 kes disyaki. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...