Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Adam Eiman gemuruh kongsi pentas dengan bapa

    Komposer dan penulis lirik, Adam Eiman mengakui dirinya lebih gemuruh menyanyikan lagu sendiri berbanding berduet bersama bapanya, Datuk Hattan pada konsert Hattan 35 Years Journey yang berlangsung 4 dan 5 Jun depan.

    Kata Adam, dia tidak bermasalah untuk berkongsi pentas dengan bapanya memandangkan pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

    “Saya rasa saya akan lebih gemuruh bila berada di pentas seorang diri dan nyanyi lagu sendiri. Lagu yang akan saya nyanyikan nanti, Takdir merupakan lagu baharu. Belum pernah lagi dibawa di atas pentas.

    “Tetapi saya selesa menyanyi bersama ayah. Kami serasi di atas pentas. Sebelum ini juga kami pernah nyanyi bersama.

    “Ayah orang lama. Mahir kawal penonton. Saya tak boleh buat apa yang dia boleh buat,” katanya kepada media.

    Sebanyak 28 lagu bakal dipersembahkan pada konsert yang akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu.

    Manakala Adam pula akan berduet bersama ayahnya untuk lagu Gadis Jolobu dan bakal membuat persembahan solo, mendedangkan lagu Takdir secara eksklusif. – Agensi

    Adam Eiman mengakui lebih gemuruh menyanyikan lagu sendiri berbanding berduet bersama bapanya, Datuk Hattan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...