Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ratusan ribu pertahankan sistem kesihatan awam

    MADRID, 14 NOV – Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Madrid semalam untuk mempertahankan perkhidmatan penjagaan utama di rantau itu.

    Mereka turut memberi amaran rancangan untuk membaik pulih sistem itu akan ‘memusnahkan’ penjagaan kesihatan tempatan. Semalam, orang ramai berhimpun di empat lokasi di seluruh ibu negara dan berarak di dewan bandaraya dalam protes besar-besaran dengan membawa slogan: ‘Madrid berhimpun menyokong penjagaan kesihatan awam dan menentang rancangan untuk memusnahkan perkhidmatan penjagaan utama’.

    Menurut kesatuan sekerja, perkhidmatan penjagaan kesihatan utama di Madrid berada di bawah tekanan besar selama bertahun-tahun kerana kekurangan sumber dan kakitangan.

    Jurucakap kerajaan wilayah berkata, sekitar 200,000 orang keluar di jalan raya, bagaimanapun penganjur memberikan angka tiga kali lebih tinggi dengan mengatakan 650,000 penunjuk perasaan menyertai protes itu.

    Gambar yang diambil dari udara menunjukkan lautan penunjuk perasaan masuk dari semua arah, ramai antaranya doktor dan profesional penjagaan kesihatan, ahli kesatuan dan ahli politik. – AFP

    Orang ramai berkumpul semasa bantahan untuk menyokong penjagaan kesihatan awam di bandar Madrid, Sepanyol pada 13 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...