Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Real julang trofi Super ke-23

    RIYADH, 17 JAN – Real Madrid telah menjulang Piala Super Sepanyol dengan menewaskan Athletic Bilbao 2-0 kelmarin ketika Luka Modric dan sepakan penalti Karim Benzema memastikan cengkaman trofi itu di Arab Saudi.

    Jaringan penyudah Modric pada penghujung separuh masa pertama dan jaringan gol Benzema pada awal babak kedua menyaksikan kemenangan buat Madrid, yang merangkul trofi pertama mereka dalam tahun kedua Carlo Ancelotti sebagai jurulatih.

    Athletic telah menewaskan juara La Liga, Atletico Madrid untuk mara ke pusingan akhir tetapi dibelasah di Stadium King Fahd dengan licik dan teratur, yang kini hanya tewas sekali dalam 20 perlawanan.

    Mereka mempunyai harapan singkat pada minit ke-87 apabila dihadiahkan penalti dan Eder Militao dibuang padang, tetapi Raul Garcia tersasar dan Madrid pasti menang.

    Pasukan Ancelotti berdepan dengan Elche pada Rabu di suku terakhir Copa del Rey dan Paris Saint-Germain pada bulan hadapan berada dalam kelompok 16 terakhir di Liga Juara-Juara.

    Dalam La Liga, mereka dengan jelas mempunyai lima mata di carta teratas.

    “Ia adalah dorongan, dorongan untuk terus maju,” kata Ancelotti. “Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir kerana ada lagi satu pertandingan akan datang.”

    Modric meneruskan prestasi terbaiknya dengan menjaringkan gol pembukaan, jaringan gol yang menjadikan dia sebagai seorang penjaring tertua dalam Piala Super Sepanyol pada usia 36 tahun.

    Sementara itu, Marcelo, pemain berusia 33 tahun diturunkan beberapa minit terakhir, sebelum menjulang trofi ke-23 di Real Madrid dan menyamai rekod Paco Gento sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah kelab itu. – AFP

    Reaksi pemain Real Madrid meraikan kemenangan perlawanan akhir Piala Super Sepanyol menentang Athletic Bilbao pada 16 Januari di stadium Antarabangsa King Fahd di ibu negara Saudi, Riyadh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...