Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Reliance Industries raih pendapatan tahunan AS$100b

    MUMBAI, 8 MEI – Reliance Industries menjadi syarikat India pertama yang mencecah AS$100 bilion dalam pendapatan tahunan selepas syarikat gergasi minyak dan telekom itu melaporkan keputusan suku yang kukuh dalam perniagaan tenaga, telekom dan runcitnya.

    Konglomerat itu, yang dimiliki lelaki terkaya Asia Mukesh Ambani, melaporkan keuntungan AS$2.1 bilion di antara Januari dan Mac, 22.5 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    Pendapatan daripada operasi meningkat 36.8 peratus kepada 2.12 trilion rupee, dibantu oleh perniagaan tenaga dan usaha sama lebih baharu seperti runcit.

    Pendapatan dalam suku membantu pendapatan mencecah 7.93 trilion rupee (AS$104.6 bilion) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac.

    “Meskipun cabaran berterusan pandemik dan ketidakpastian geopolitik yang meningkat, Reliance telah mencatat prestasi memberangsangkan,” kata pengerusi dan pengarah urusan Ambani dalam satu kenyataan.

    “Perniagaan minyak dan kimia telah membuktikan ketahanannya dan menunjukkan pemulihan kukuh meskipun pergolakan dalam pasaran tenaga,” tambah beliau.

    Pendapatan daripada perniagaan penapisan minyak dan petrokimia Reliance – yang menyumbang kepada lebih separuh daripada jumlah pendapatan – menerima faedah daripada harga minyak mentah yang lebih tinggi, naik 44.2 peratus kepada 1.46 trilion rupee. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...