Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rihanna wanita muda terkaya senarai Forbes 2022

    Penyanyi Rihanna menjadi jutawan wanita termuda Amerika Syarikat dalam senarai self-made woman 2022 yang keluarkan oleh Forbes baru-baru ini.

    Dengan nilai pendapatan kira-kira RM6.2 bilion, Rihanna, 34, menduduki tangga ke-21 secara keseluruhan dan turut menjadi jutawan pertama dari negara asalnya iaitu Barbados.

    Penyanyi lagu Umbrella itu mengenepikan nama Kylie Jenner yang memegang gelaran tersebut selama tiga tahun berturut-turut.

    Menurut Forbes, nilai pendapat Rihanna itu diperoleh daripada pegangan saham dalam jenama pakaian dalam Savage x Fenty selain menjadi pengasas bersama kosmetik Fenty Beauty.

    Di antara selebriti lain yang turut disenaraikan adalah Oprah Winfey di kedudukan ke-10 dan Kim Kardashian di tempat ke-16 dengan nilai pendapatan masing-masing RM11.5 bilion dan RM7.9 bilion.

    Sementara itu Kyle Jenner pula hanya berada di tempat ke-41 dengan nilai pendapatan kira-kira RM2.6 bilion.

    Turut disenaraikan dalam 100 nama tersebut adalah Celine Dion, Beyonce, Reese Witherspoon dan Sandra Bullock. – Agensi

    Rihanna menjadi wanita muda terkaya dalam senarai Forbes tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...