Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rozita minta selebriti malu pada Allah

    Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal apabila terdapat golongan selebriti sanggup menyarungkan tudung demi bayaran lumayan dan bukan kerana perintah Allah.

    Rozita atau Che Ta, 51, berkata, golongan selebriti dan wanita secara umum perlu ikhlas menutup aurat kerana Allah dan bukannya disebabkan arahan manusia dan wang, dedah mStar.

    “Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran.

    “Jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dengan bayaran.

    “Jangan macam itu, malu dengan Allah. Allah tak suruh buat tapi manusia suruh, terus buat sebab duit. Nauzubillah,” katanya.

    Rozita menasihatkan selebriti menutup aurat kerana Allah dan bukannya disebabkan manusia. – mStar

    Rozita berkongsi mengenai perkara itu ketika menghasilkan video bersama anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana di TikTok.

    Menerusi video tersebut, Aaisyah sedang sibuk membuat manisan sambil mengenakan tudung berwarna biru.

    Bagaimanapun kapsyen ditulis isteri aktor Zain Saidin itu mencuri perhatian warganet.

    “Dia (Aaisyah) kata bulan puasa di nak pakai tudung. Saya kata pakai tudung ini bukan bulan puasa sahaja.

    “Bukan seronok-seronok pakai sebab jadi model tudung tetapi tutup aurat ini wajib sama macam solat dan puasa,” katanya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...