Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ruhainies serik kongsi kisah cinta

    Status hubungan cinta Ruhainies dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr E menjadi tanda tanya memandangkan aktres tersebut sudah tidak lagi berkongsi mengenai teman lelakinya itu.

    Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini berkata dia tidak mahu lagi menjaja kisah cintanya sehingga peminat terlepas pandang perkembangan kerjaya seninya.

    Bagi pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, dia tidak kisah jika warganet mahu membuat pelbagai spekulasi mengenai status hubungannya dengan Mr E, ketika ini.

    “Saya tidak mahu mengulas sama ada kami masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah putus. Cukuplah dengan apa yang pernah dikongsikan pada peminat sebelum ini.

    “Saya mahu fokus mengukuhkan nama dalam kerjaya seni terlebih dahulu. Sebagai pelakon, saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon drama sahaja,” kata Ruhainies kepada mStar.

    Ruhainies enggan jaja kisah cinta lagi. – Agensi

    Ditanya adakah Mr E tidak kecewa melihat keakrabannya dengan pelakon kontroversi, Zul Ariffin, Ruhainies mengakui, setiap apa yang dilakukan mengikut keputusan sendiri.

    Hubungan Ruhainies dengan Zul mula diperkatakan selepas video dan foto aksi mereka menjadi tular.

    Bagaimanapun, Ruhainies menafikan dakwaan dia dan pelakon filem Sangkar itu menjalinkan hubungan cinta.

    Menyentuh filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!, Ruhainies berkata, dia teruja berpeluang membintangi karya bergenre seram.

    Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Ruhainies bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Aeril Zafrel selaku teraju utama.

    “Saya seorang penakut, tetapi Arjin berjaya memujuk saya berlakon dalam filem seram ini. Saya bertuah bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril dalam filem ini,” katanya.

    Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

    Mengulas soal lakonan, Ruhainies berkata, dia berdepan cabaran ketika melakonkan babak dirasuk dalam filem itu.

    “Penggambaran filem ini banyak dilakukan pada waktu malam dan babak dirasuk dibuat pada jam 3:30 pagi. Mujur babak Farah dirasuk turut dibantu dengan elemen imej janaan komputer (CGI) untuk menghidupkan lagi karakter,” katanya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...