Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rumah Biru, kali pertama dibukakan kepada umum

    SEOUL – Bagi kebanyakan penduduk Korea Selatan, bekas istana presiden di Seoul merupakan sebuah mercu tanda yang jarang dikunjungi. Namun semua itu kini berubah selepas ribuan rakyat Korea Selatan dibenarkan untuk masuk ke dalamnya buat kali pertama dalam tempoh 74 tahun.

    Sebagai tindakan pertamanya, pemimpin baharu Korea Selatan itu telah memindahkan pejabat presiden dari Rumah Biru, yang dinamakan sempena jubin bumbung berwarna biru yang mudah dikenali, dan membuka pintu masuknya kepada awam, membolehkan 39,000 orang untuk berkunjung ke sana setiap hari.

    Kawasan bangunan itu kini diubah menjadi sesuatu yang menarik perhatian, dengan orang ramai berasa teruja untuk melihat di sekeliling dan beratur di barisan yang panjang.

    “Saya sangat tuah kerana Rumah Biru kini akhirnya dibuka kepada umum,” kata pekerja pejabat berusia 61 tahun, Lee Sang Woon baru-baru ini semasa membuat lawatan bersama keluarganya. “Saya sangat gembira untuk berada di sini.”

    Rumah Biru telah melalui beberapa perubahan sejak beberapa tahun kebelakangan. Ia juga pernah dijadikan sebuah tapak untuk taman diraja, malah Jepun juga pernah membina kediaman rasmi untuk gabenor jeneral mereka di sana semasa pemerintahan kolonial Tokyo di Semenanjung Korea tetapi selepas dibebaskan dari jajahan Jepun pada tahun 1945, komander tentera Amerika Syarikat (AS) mendiami tempat tersebut sehingga ia menjadi pejabat presiden rasmi Korea Selatan dan kediaman yang dijadikan sebagai asas negara pada tahun 1948.

    Orang ramai semasa membuat lawatan ke Rumah Biru selepas ia buka kepada umum buat kali pertama dalam 74 tahun. – AP
    Bangunan pejabat presiden baharu di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Lakonan semula yang menunjukkan seorang daripada kerabat diraja berjalan-jalan di bekas istana presiden tersebut, di Seoul, Korea Selatan. – AP

    Membuka Rumah Biru kepada orang ramai adalah sebahagian daripada ikrar Presiden Korea Selatan yang baharu, Yoon Suk Yeol untuk meninggalkan tempat tersebut dan menubuhkan pejabatnya di perkarangan Kementerian Pertahanan di daerah Yongsan, kira-kira lima kilometer jauhnya.

    Yoon berkata dia memilih perkarangan Kementerian Pertahanan kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pemerintahan yang berkaitan dengan keselamatan. Dia juga berhasrat untuk menjadikannya sesuatu yang serupa dengan Rumah Putih di Washington di mana ia membolehkan penduduk untuk melihat dengan lebih dekat bangunan itu di sebalik pagar. Yoon juga berkata pejabat baharunya akan membolehkan dia berkomunikasi dengan lebih baik bersama orang awam.

    Walau bagaimanapun, rancangan pemindahan tersebut mendapat aduan yang mengatakan mereka terburu-buru dan dianggap tidak realistik. Pengkritik mengatakan bahawa perubahan mengejut daripada pejabat tinggi kerajaan boleh menjejaskan keselamatan negara jika semua kekuasaan berada di satu tempat sahaja, yang menyebabkan kos menjadi terlalu tinggi dan melanggar hak milik orang yang tinggal di kawasan tersebut.

    Presiden sebelumnya, Moon Jae-in, juga telah menyatakan kebimbangannya mengenai Yoon yang telah membuat keputusannya sebelum mendengar pendapat daripada pihak umum.

    Semasa Moon mengambil alih pejabat pada tahun 2017, beliau telah berjanji untuk berpindah dalam usaha untuk menjauhkan dirinya daripada pemerintah sebelumnya iaitu Park Geun-hye.

    Namun Moon akhirnya membatalkan rancangannya, sementara Park telah diberikan pengampunan dan dilepaskan daripada penjara pada tahun lalu.

    Bagaimanapun, Yoon memulakan tugas pertamanya pada bulan ini sebagai presiden in Yongsan, dan bekas pejabat presiden telah dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama.

    Seorang pengusaha kilang di pasar tradisional berhampiran Rumah Biru, Choi Jun Chae, 60, berkata dia berasa sedih apabila melihat pejabat presiden meninggalkan kawasan kejiranannya tetapi berharap penempatan semula tersebut akan meningkatkan perniagaan tempatan dengan membawa lebih ramai pelancong.

    Choi turut mengongsikan mengenai pentadbiran yang sebelum ini di bawah bekas presiden, Lee Myung-bak yang mana banyak bantahan telah berlaku dan ia menyukarkan untuk perjalanan berulang-alik ke tempat ini. Dengan masalah kereta yang tidak dapat bergerak sehingga memaksanya berjalan kaki.

    Pada masa lalu, ribuan orang akan berkumpul berhampiran dengan Rumah Biru untuk suatu perhimpunan dan perarakan, sehingga penduduk di kawasan tersebut akan mengadu mengenai bunyi bising dan kesesakan lalu lintas.

    Sementara itu, salah seorang pemilik kedai roti yang popular di kejiranan tersebut, Yoo Sung-jong berharap bahawa kejadian protes akan berkurangan dan lebih ramai orang yang akan melawat kawasan tersebut tetapi beliau juga turut meluahkan rasa sedih apabila presiden berpindah keluar daripada kejiranan berkenaan.

    Walaupun sesetengah orang di kawasan kejiranan itu menjangkakan peningkatan yang ketara dengan adanya pejabat baharu tetapi juga ia menimbulkan kebimbangan.

    Manakala pemilik galeri yang berdekatan, Kim Jung-taek mengongsikan kebimbangannya mengenai isu trafik yang berlaku tetapi ia menunjukkan lebih ramai orang berkunjung ke kawasan berkenaan. Ia akan menjadi sangat sesak dan rumit pada awalnya tetapi beliau berpendapat bahawa ia akan beransur menjadi lebih baik. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...