Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 4,000 hilang pekerjaan akibat COVID

    KUCHING, 18 MEI – Penularan wabak COVID telah mengakibatkan 4,037 rakyat di Sarawak kehilangan pekerjaan mereka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala.

    Beliau berkata sebagai langkah bantuan segera, kerajaan Sarawak telah melaksanakan lapan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM5.7 bilion bagi meringankan beban rakyat yang terkesan termasuk golongan kehilangan pekerjaan.

    “Bagi mengurangkan isu pengangguran, Sarawak melaksanakan Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS) untuk graduan.

    “Selain itu, kerajaan Sarawak akan melaksanakan program Industry Workforce Development Programme dengan kerjasama daripada industri bagi pemberi latihan dalam industri.

    “Pakej BKSS ini juga termasuk pemberian tunai kepada kumpulan B40, bantuan tunai untuk pengusaha kecil dan sederhana selain penangguhan bayaran sewa premis,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Safiee Ahmad (GPS-Daro) semasa sesi pertanyaan pada hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

    Gerawat berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga mengadakan program seperti Go Rural Area Programme (GRAP) dan Karnival Kerjaya bagi memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan.

    Sementara itu, untuk jangka masa panjang, kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi berproduktiviti tinggi, peluang pekerjaan dan perniagaan.

    “Adalah dijangkakan lebih kurang 200,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi akan diwujudkan menjelang tahun 2030,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...