Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sahut cabaran raih dana

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Anas Afandi

    Demi hasrat tulus mengumpulkan dana bagi golongan istimewa, seorang penyampai radio tempatan tekad menyahut cabaran memotong rambutnya yang panjang di bawah paras bahu setelah sekian lama tidak melakukannya lebih-lebih lagi sejak tanah air dilanda pandemik sekitar Februari 2020.

    Beliau yang juga seorang influencer media sosial, Awang Nadzri Harif berjaya mengumpulkan kutipan sumbangan sebanyak $4,216.64 untuk Persatuan SMARTER Brunei menerusi inisiatif amal media sosial di laman Instagram miliknya @NADZtheNADZ.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Awang Nadzri kepada Media Permata, pada 19 April lalu beliau telah mengeluarkan tinjauan pendapat dalam jangka masa 24 jam di laman Instagramnya yang bertujuan untuk menyaksikan pilihan pendapat pengikut-pengikut (followers) beliau bagi menentukan aktiviti yang menyeronokkan yang patut dilakukan bagi mengumpul wang untuk dana tersebut.

    Dalam tinjauan pendapat berkenaan, Awang Nadzri menetapkan tiga pilihan utama iaitu pertama dengan melakukan separuh larian maraton tanpa adanya latihan, diikuti dengan pilihan kedua berupa cabaran makan mi pedas yang popular, sementara pilihan ketiga pula ialah cabaran memotong rambut.

    “Setelah undian berakhir, saya begitu terkejut dengan jumlah undian iaitu hampir 50 peratus diperoleh mengehendaki saya untuk memotong rambut separas bahu ini.

    Awang Nadzri bersama Fahad dari Bercuts.
    Isteri kepada Awang Nadzri semasa merasmikan sesi pemotongan rambut suaminya sebelum diteruskan oleh Fahad demi menyahut cabaran setelah berjaya mengumpulkan sumbangan dana amal bagi Persatuan SMARTER Brunei.

    Saya tidak pernah memotong rambut sejak Februari 2020 ketika penularan COVID berlaku.

    “Namun saya memaklumkan kepada para pengikut Instagram bahawa saya tidak akan melakukannya begitu sahaja melainkan jika sebanyak $1,000 berjaya dikumpul saya akan memotong rambut menjadi pendek manakala jika kutipan mencapai sebanyak $1,500 pula saya akan melakukan potongan rambut penuh,” kongsinya lanjut.

    Respons di luar jangkaan

    Awang Nadzri menambah lagi, bermula dari sebuah inisiatif untuk mencari cara yang begitu menyeronokkan untuk mengumpulkan wang sumbangan amal, namun tidak disangka respons yang diberikan begitu tinggi bukan seperti yang dijangkakan pada awalnya.

    “Pada hari Rabu, saya membuat pengumuman bahawa saya akan mengutip derma sehingga jam 11:59 malam pada malam Ahad. Hari itu sahaja, seramai 29 orang telah menderma dan kami mengumpul hampir $1,000.

    “Saya hampir mengatakan jika berjaya mengumpulkan $5,000, saya akan menjadi botak. Saya sangat gembira saya tidak melakukannya! Apabila saya melihat jumlah dana terus meningkat, maka saya segera menghubungi rakan saya, Fahad, seorang ketua tukang gunting rambut sekali gus pemilik kedai gunting rambut Bercuts terletak di Jerudong untuk membuat tempahan bagi malam Isnin.

    Fahad bersetuju untuk melakukan sesi pemotongan di kedainya,” ujarnya lagi yang turut dibantu oleh rakan seperjuangan lamanya, Anas Afandi untuk merakamkan detik-detik kenangan sepanjang acara dengan mengambil gambar dan video secara percuma.

    Demi sebuah perjuangan golongan istimewa

    Ketika ditanya mengapa Awang Nadzri memilih Persatuan SMARTER Brunei untuk menyalurkan sumbangan berkenaan, beliau mengungkapkan sebagai bapa kepada anak berusia setahun, organisasi seperti SMARTER Brunei yang bekerja dengan golongan kanak-kanak istimewa begitu menyentuh jiwanya.

    Jelasnya, Persatuan SMARTER Brunei sebagai salah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), beliau begitu berbangga dengan segala usaha tulus mereka dalam menjaga kepentingan golongan Autisme.

    Oleh itu, beliau turut berharap dengan adanya sumbangan berkenaan, ia akan dapat membantu Persatuan SMARTER Brunei untuk terus mengorak langkah mereka dalam mengungkayahkan pelbagai perkara yang luar biasa dalam sama-sama memenuhi kepentingan komuniti mereka khususnya di negara ini.

    Cabaran mi pedas menanti

    Apabila ditanya apa kegiatan berkonsepkan sumbangan amal seterusnya, Awang Nadzri berkongsi dia ingin meneruskan penganjuran dana yang menyeronokkan dan unik sedemikian.

    “Cabaran mi pedas berada pada pilihan kedua tertinggi dalam undian, berkemungkinan besar ia akan menjadi perkara seterusnya untuk dilakukan bagi misi amal sebegini,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...