Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Samantha Chuk meninggal akibat kanser paru-paru

    Dua tahun merahsiakan penyakit, pelakon Hong Kong Samantha Chuk Man Kwan dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

    Perkara itu dilaporkan TVB bahawa pelakon berusia 55 tahun itu meninggal dalam tidur akibat kanser paru-paru.

    Mendiang merahsiakan penyakitnya daripada kawan-kawan sehingga kematiannya mengejutkan ramai pihak.

    Samantha terkenal dengan kerjayanya sebagai hos dan pelakon.

    Dia bekerja sebagai kerani bank sebelum menyertai kursus lakonan Shaw Brothers pada tahun 1983.

    Dia kemudian menyertai TVB pada tahun 1990.

    Samantha dilaporkan sakit selama dua tahun dan tidak mahu orang lain tahu tentang penyakitnya.

    Biarpun beberapa kali ditegur tentang tubuhnya yang semakin kurus, Samantha memberitahu dia menurunkan berat badan.

    Penyakitnya tidak menghalang kerjaya lakonannya dan mengambil bahagian dalam sembilan buah drama tahun lalu. – Agensi

    Dua tahun merahsiakan penyakit, pelakon Hong Kong Samantha Chuk Man Kwan dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...