Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sambutan pertabalan diraja diteruskan

    LONDON, 7 MEI – Sambutan pertabalan diraja Britain diteruskan hari ini dengan majlis santapan diraja yang dihadiri oleh kerabat diraja dan konsert ‘star-studded’ di Istana Windsor.

    Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla akan menyertai kira-kira 20,000 orang awam pada konsert pertabalan bersama kaum kerabat lain, dan menyaksikan persembahan ‘Take That,’ oleh Katy Perry dan Lionel Richie, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Terdapat juga persembahan oleh Paloma Faith, Olly Murs, pemain gitar rock veteran Steve Winwood, Nicole Scherzinger dan pemain piano Cina, Lang Lang.

    Menjelang persembahan pada petang ini, beribu-ribu pesta jalanan dijangka diadakan dan orang ramai digalakkan untuk berkumpul di seluruh negara untuk ‘Coronation Big Lunch’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...