Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    SAPPHAT VI labuhkan tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban ke-6 (SAPPHAT VI) 2023 telah melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutup yang berlangsung di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pejabat Perdana Menteri.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Suhaimi bin Haji Gemok.

    Turut hadir ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku Pengerusi SAPPHAT VI 2023, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim.

    Timbalan Pengarah PPHT selaku Timbalan Pengerusi SAPPHAT 2023, Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak Aghwan dalam ucapan penutup beliau antaranya mengongsikan acara
    yang berlangsung sepanjang seminar dua hari itu.

    Acara diisi dengan pembentangan beberapa kertas ucaptama dan kertas kerja khas yang merangkumi isu-isu luas halal daripada ahli akademik dan wakil dari badan pensijilan halal MABIMS.

    Haji Suhaimi bergambar ramai pada majlis penutup SAPPHAT VI 2023, kelmarin. – Gambar serahan UNISSA

    Pembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh ahli akademik dan pelajar dari universiti tempatan dan luar negara, dan perbincangan meja bulat juga dijalankan pada masa yang sama.

    Isu-isu yang diliputi dalam pembentangan ucaptama, kertas kerja khas dan pembentangan kertas kerja adalah selaras dengan tema seminar iaitu Memperkasa Kelestarian Halal melalui Maqasid Syariah.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pemenang kertas kerja terbaik dan anugerah pembentang terbaik.

    Pemenang anugerah kertas kerja terbaik ialah peserta tempatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan tajuk Logistics and Supply Chain Management in Halal Pharmaceutical Research: A Systematic Literature Review.

    Turut menerima anugerah ialah tiga peserta antarabangsa dari International Islamic University Malaysia (IIUM) yang masing-masing menyampaikan tajuk Algae Carotenoid Pigments as New Sources of Halal Bioactive Ingredients, Antimicrobial Activities of Curcumin Extracted from Selected Zingibe-raceae Species as Potential Halal Active Pharmaceutical Ingredient, dan Halalan Thayyiban in Aquaculture Practice – A Case Study on Parasite in Hatchery.

    Manakala itu, Anugerah Penyampai Terbaik pula dimenangi oleh Dr Iznan Tarip dari UBD, Dayang Nor Surilawana Sulaiman, Dayang Siti Nur Affina Halid Khan, Dayang Nadzirah Zulkifli, dan Dayang Nurul Farhana Hamdan dari PPHT, UNISSA, Ainaa Eliah Abu Bakar dan Kyoichiro Sugimoto dari IIUM, dan Stephen Sim dari Universiti Canberra, Australia.

    Seminar berkenaan dianjurkan oleh UNISSA melalui PPHT sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2023 anjuran Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...