Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Sarawak anjur Sambutan Gawai Dayak

    KUCHING, 25 MEI – Sarawak akan mengadakan acara Sambutan Gawai Dayak 2023, Perarakan Gawai 2023 dan Gawai Dayak Bazar 2023 bertemakan, Segulai Sejalai (Berjalan Seiringan) pada Jun ini.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sambutan Gawai Dayak 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada 7 Jun bermula 6.30 petang.

    Katanya, tetamu kehormat yang dijangka hadir pada acara itu ialah Perdana Menter Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    “Tahun ini menjadi giliran komuniti Iban untuk menganjurkan acara (sambutan perayaan) Gawai ini, sehubungan itu lebih banyak komponen budaya daripada komuniti Iban akan dipersembahkan dalam acara sambutan itu,” katanya pada sidang media, hari ini.

    Uggah berkata, kerajaan Sarawak juga akan mengadakan Perarakan Gawai 2023 yang akan diadakan pada 17 Jun, dengan Abang Johari sebagai tetamu kehormat.

    Beliau berkata, dijangkakan kira-kira 80 kontinjen akan menyertai perarakan sejauh 1.2 kilometer itu bermula 3.30 petang dari perkarangan Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching.

    “Gawai Dayak Bazar 2023 pula akan diadakan di perkarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dari 16 hingga 25 Jun.. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -