Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sarawak fokus penggunaan kenderaan elektrik

    KUCHING, 27 JULAI – Sarawak memberi fokus kepada penggunaan lebih banyak lagi kenderaan elektrik (FCEV-Fuel Cell Electric Vehicles) yang menjadikan hidrogen sebagai sumber tenaganya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Hipni.

    Katanya, fokus ini selaras dengan visi Sarawak serta komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

    “Sebagai permulaan kerajaan negeri akan mengimport lebih banyak kenderaan hidrogen bagi kegunaan kabinet negeri,” katanya dalam sidang media selepas mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk merasmikan Persidangan Antarabangsa Berkenaan Tenaga Hijau 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

    Selain itu, katanya sebuah syarikat dari Australia akan membina sebuah kilang pemasangan kereta hidrogen di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan harga kenderaan itu lebih rendah dan mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat, berbanding jika ia diimport.

    Beliau mengambil contoh kejayaan Norway yang hanya mengambil masa empat tahun menggalakkan rakyatnya menggunakan kenderaan elektrik menerusi pengecualian cukai import dan diskaun cukai pendapatan, yang menyaksikan 75 peratus kenderaan di negara itu merupakan kenderaan elektrik.

    Sementara itu, Hazland berkata Sarawak kini sudah mencapai satu peringkat untuk menerima pelaburan langsung asing dari seluruh dunia untuk membangunkan industri tenaga hijau khususnya hidrogen di Sarawak.

    “Sekarang ini, sudah ada dua syarikat iaitu syarikat dari negara Korea dan Jepun dengan usaha sama syarikat tempatan Sarawak untuk membina kilang hidrogen di Bintulu,” katanya. – Bernama

    Sarawak Dr Hazland Abang Hipni (dua,kiri) semasa merasmikan 18th International Conference of Clean Energy (ICCE) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...