Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Saya, Bella macam adik abang-Zamarul

    Selepas dua episod drama Aku Tanpa Cintamu disiarkan TV3, bintang utama, Zamarul Hisyam, 51, menerima reaksi kurang senang terhadap gandingannya bersama Bella Astillah, 28.

    Selain menganggap gandingannya bersama Bella tidak serasi di televisyen, ada penonton berpendapat tidak manis mereka digandingkan kerana masing-masing sudah berumah tangga.

    Zamarul berkata, lakonannya sebagai Adam, suami kepada watak Nuha lakonan Bella dalam drama itu mendapat keizinan suami Bella, Aliff Aziz.

    “Saya baca di lnstagram ada yang pertikai Bella adalah isteri orang dan saya, suami orang.

    “Terus terang saya katakan, apabila kami bekerja, kami tahu batasan.

    Zamarul menerima reaksi kurang senang apabila ada yang menganggap gandingannya bersama Bella mereka kurang serasi. – Agensi

    “Ketika berada di set penggambaran juga, Aliff sentiasa menemani Bella. Malah, kadang-kadang, saya dan Aliff bersembang bersama.

    “Sebagai pelakon ‘senior’, saya minta izin Aliff. Saya bersyukur Aliff faham.

    “Namun, saya dan Bella cuba elak adegan bersentuhan melainkan untuk beberapa babak,” katanya.

    Namun, kata Zamarul, dia menganggap apa yang dibuat tidak lebih daripada hubungan abang dan adik.

    “Dalam setiap babak bersentuhan yang tidak dapat dielak, adegan pegang itu lebih kepada abang dan adik.

    “Lakonan saya dengan Bella tidak ubah seperti hubungan abang dan adik,” katanya pada sidang media maya baru-baru ini.

    Drama Aku Tanpa Cintamu berkisar pelakon bercita-cita tinggi, Nuha jatuh cinta dengan pengarah terkemuka, Adam. Namun, Adam mengawal hidup Nuha.

    Zamarul mengaku selesa bekerja dengan Bella biarpun kali pertama digandingkan.

    “Hubungan kami sudah seperti keluarga. Itu yang seronok.

    “Apabila kami berbincang mengenai skrip, semangat jadi berkobar-kobar hendak buat yang terbaik,” katanya.

    Zamarul kembali beraksi sebagai hero selepas kali terakhir membawa watak itu menerusi drama Bahagia Bukan Bidaan bersama Nora Danish dan Datuk Adi Putra pada 2019. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...