Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sekatan AS dorong wanita Afghanistan ke ambang kemiskinan

    BAMIYAN, AFGHANISTAN – Bazaarcha-e-Hunar ialah pasar kraf popular yang dikendalikan oleh wanita di wilayah Bamiyan. Seperti semua perniagaan lain di Afghanistan, bazar sedang berdepan dengan masalah.

    Pasar menjual kraftangan buatan wanita tempatan semakin hilang populariti kerana pelancongan semakin berkurangan.

    “Pandemik dan perubahan politik telah merosakkan perniagaan saya,” kata peniaga Humira Ahmadi kepada Xinhua baru-baru ini.

    Susulan pengunduran tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dan Taliban kembali berkuasa Ogos lalu, kerajaan AS telah membekukan hampir AS$10 bilion aset bank pusat Afghanistan, yang telah memburukkan lagi ekonomi negara yang dilanda perang itu yang sudah rapuh.

    Presiden AS Joe Biden mengeluarkan perintah pada Februari, memperuntukkan AS$3.5 bilion daripada jumlah pembekuan kepada keluarga mangsa 11 September dan memperuntukkan AS$3.5 bilion lagi untuk bantuan kemanusiaan di Afghanistan.

    Seorang wanita Afghanistan menunjukkan kraftangan di pasar kraf di bandar Bamiyan, Afghanistan. – Xinhua
    Gambar menunjukkan pasar kraf di Bamiyan yang semakin hilang populariti kerana pelancongan semakin berkurangan. – Xinhua

    “Saya menjana sehingga 150,000 afghani (AS$1,726) pada tahun-tahun lalu. Sekarang saya memperoleh 500 afghani setiap minggu pada masa ini,” kata Ahmadi.

    “Sebelum perubahan politik 50 wanita bekerja di sini, kini hanya terdapat kira-kira 10 wanita. Dahulu terdapat hampir 100 persatuan wanita di Bamiyan tetapi kini lebih 500 wanita kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata Ahmadi.

    Sabira, seorang wanita berusia 25 tahun yang menjual kraftangan bersama ibunya di bazar mengadu tentang perniagaan yang suram itu.

    “Pada masa lalu, kami mempunyai lebih ramai pelancong. Orang datang dari seluruh dunia, tetapi tidak sekarang. Orang tempatan membeli beberapa produk kami tetapi ia tidak sebaik dahulu,” katanya.

    “Perubahan dalam perniagaan kami jelas. Kami mempunyai lebih ramai pelanggan tahun lepas dan tahun sebelumnya. Perniagaan kami lumayan dan kami boleh memperoleh 1,000 hingga 5,000 afghani setiap hari, tetapi pada masa kini saya sukar untuk memperoleh 200,” kata penjual kraftangan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...