Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Senaman bantu warga emas kekal cergas dan sihat

    KUALA LUMPUR – Lazimnya bagi warga emas, bersenam dan kekal aktif bukanlah sesuatu yang mudah buat mereka kerana sering dianggap sudah tidak mempunyai tenaga atau boleh menyebabkan berlaku kecederaan.

    Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata hakikatnya, warga emas perlu melakukan gerakan fizikal secara kerap yang dapat memberi manfaat hasil daripada gerakan dan senaman kekuatan otot dalam rutin harian mereka.

    Senaman dan pergerakan secara kerap memberi manfaat kepada tubuh seseorang – ia bukan sahaja membina kekuatan otot malah dapat mencegah kelemahan pada diri warga emas yang akan mengharungi fasa penuaan.

    Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Perunding SMCV, Dr Ng Swee Soon berkata senario biasa berlaku dalam kalangan warga emas yang mungkin mengalami pelbagai masalah ortopedik disebabkan pengurangan kadar penyembuhan otot, kehilangan jisim otot dan pengurangan ketumpatan tulang.

    “Individu yang mengalami masalah sendi seperti osteoarthritis masih boleh bersenam dengan selamat.

    Senaman dan pergerakan secara kerap memberi manfaat kepada tubuh seseorang – ia bukan sahaja membina kekuatan otot malah dapat mencegah kelemahan pada diri warga emas yang akan mengharungi fasa penuaan.
    Dr Foo Yoke Long berkata, aktiviti fizikal yang kerap boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan, membawa kepada peningkatan dalam kesihatan jantung dan paru-paru warga emas. – Agensi
    Dr Ng Swee Soon berkata, individu yang mengalami masalah sendi seperti osteoarthritis masih boleh bersenam dengan selamat. Malah, bersenam akan membantu mereka mengekalkan kesihatan sendi dan meningkatkan kekuatan otot. – Agensi

    Pemakanan sihat, senaman dan tidur adalah tiga tonggak kehidupan yang sihat.  Namun jika hanya memberi perhatian kepada satu daripada faktor gaya hidup itu, ia sudah dapat membantu individu menjalani kehidupan yang lebih lama. – Agensi
    Beberapa senaman boleh mereka lakukan termasuk berjalan kaki, regangan dan rutin berimpak rendah seperti tai chi adalah pilihan yang baik. Jika individu tidak selesa bersenam bersendirian, senaman secara berkumpulan bersama rakan juga suatu permulaan yang terbaik. – Agensi

    “Malah, bersenam akan membantu mereka mengekalkan kesihatan sendi dan me-ningkatkan kekuatan otot.

    “Beberapa senaman boleh mereka lakukan termasuk berjalan kaki, regangan dan rutin berimpak rendah seperti tai chi adalah pilihan yang baik.

    Jika individu tidak selesa bersenam bersendirian, senaman secara berkumpulan bersama rakan juga suatu permulaan yang terbaik,” katanya.

    Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

    Beliau berkata masih belum terlambat untuk memulakan senaman dan menasihatkan warga emas agar melakukan senaman ringan bagi mengelak kecederaan, sebelum menambah kekerapan senaman apabila keadaan tubuh dan kecergasan diri bertambah baik.

    “Berhati-hati dengan penyakit jantung atau paru-paru yang mungkin mengehadkan keupayaan untuk bersenam. Dapatkan nasihat doktor awda apabila ragu-ragu. Pilihan lain ialah berjumpa ahli fisioterapi atau jurulatih fizikal untuk me-rangka pelan senaman untuk anda. Secara umum, senaman berimpak rendah yang mampu meningkatkan stamina dan kekuatan amat digalakkan,” tambah Dr Ng.

    Beliau seterusnya menasihatkan agar warga emas perlu sentiasa memerhati keadaan tubuh badan mereka semasa melakukan senaman kerana kesakitan dan ketegangan mungkin terasa sedikit ketika awal bersenam, tetapi jika sakit berterusan, mereka seharusnya merujuk doktor jika berlaku sebarang kecederaan. Untuk memastikan kesihatan seseorang, Dr Ng menegaskan bahawa terdapat pelarasan ergonomik yang boleh dibuat di rumah untuk membantu warga emas mengekalkan kualiti hidup.

    “Mengubah suai rumah untuk memastikan ia tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan mereka apabila keupayaan fizikal mereka berubah adalah faktor penting apabila seseorang individu itu semakin meningkat usia,” katanya.

    Senaman bagus untuk kesihatan jantung dan paru-paru

    Selain membantu mencergaskan keadaan fizikal seseorang, senaman juga dapat menguatkan jantung dan melancarkan peredaran darah.

    Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman di SMCV, Dr Foo Yoke Long berkongsi bahawa peningkatan aliran darah meningkatkan tahap oksigen dalam badan, mengurangkan risiko penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, penyakit arteri koronari dan serangan jantung.

    Beliau berkata aktiviti fizikal yang kerap boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan, membawa kepada peningkatan dalam kesihatan jantung dan paru-paru serta lebih tenaga untuk menangani aktiviti harian yang mudah.

    “Selamat bagi kebanyakan warga emas berusia lebih 65 tahun untuk bersenam kerana ia dapat menguatkan jantung dan melancarkan peredaran darah. Malah kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit kronik boleh bersenam dengan selamat. Ini termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan arthritis. Banyak kes pesakit seperti ini pulih melalui senaman,” katanya.

    Dr Foo menjelaskan bahawa sesetengah warga emas mungkin teragak-agak untuk melakukan senaman fizikal selepas menjalani prosedur pembedahan jantung, tetapi terus kekal aktif sebenarnya dapat membantu menguatkan jantung dan pemulihan.

    Pemakanan sihat, senaman dan tidur perlu seimbang

    Beliau juga mencadangkan agar pesakit menjalani program pemulihan jantung, iaitu senaman berstruktur bagi membantu pesakit pulih daripada serangan jantung atau kejadian jantung lain termasuk kegagalan jantung, angioplasti dan pembedahan pintasan jantung.

    Dr Foo menambah bahawa warga emas tidak perlu risau terhadap tubuh mereka yang tidak bertindak balas terhadap senaman seperti yang dilakukan ketika mereka masih muda.

     “Untuk mencapai tubuh badan ideal berbeza bagi setiap peringkat umur, jadi usah biarkan diri anda terlalu sibuk untuk mencapai tahap kecergasan yang anda alami beberapa dekad lepas. Sebaliknya, berbincang dengan doktor anda tentang regim senaman mampan yang boleh anda lakukan dalam beberapa kali seminggu,” katanya.

    Menurut beliau, ia bukan sesuatu yang luar biasa bahawa motivasi awal menjurus kepada keletihan yang berlebihan – terutamanya jika anda tidak bersenam untuk seketika.

    “Berhati-hati dengan tanda-tanda yang anda mungkin terlalu memaksa diri seperti pening, loya, sakit atau keletihan yang berlebihan, maka masa diperlukan untuk berehat.

    “Pemakanan sihat, senaman dan tidur adalah tiga tonggak kehidupan yang sihat.  Namun jika hanya memberi perhatian kepada satu daripada faktor gaya hidup itu, ia sudah dapat membantu individu menjalani kehidupan yang lebih lama.

    “Beberapa kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa memperbaiki ketiga-tiga tunjang mungkin merupakan cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental,” katanya. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...