Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Senaman yoga untuk kesihatan fizikal, mental

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam hari ini, meraikan Hari Yoga Antarabangsa ke-8 dengan sesi yoga bertemakan Yoga for Humanity di India House, Jalan Kota Batu.

    Lebih 150 orang peminat senaman Yoga menyertai acara berkenaan termasuk duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi negara luar ke Brunei Darussalam serta warga India di negara ini dan para jemputan khas di mana sesi yoga itu telah diketuai oleh guru yoga, Shri Bramhanand Tichkule.

    Dengan penularan wabak COVID-19, yoga memainkan peranan penting dalam mengekalkan tubuh badan tetap sihat untuk semua orang tidak kira muda dan tua terutama bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan. Acara yoga yang diadakan itu merupakan salah satu senaman yang dapat memberi manfaat kepada semua orang.

    Dengan mengamalkan senaman yoga juga dapat memberikan kesihatan dan kebahagiaan serta mampu meningkatkan kesejahteraan fizikal serta mental terutama semasa pandemik COVID-19 ini.

    Yoga disambut di peringkat antarabangsa setiap tahun, di mana acara itu jatuh pada 21 Jun sejak penubuhannya pada tahun 2015.

    Tidak mengira tua dan muda, senaman yoga ternyata boleh disertai semua peringkat umur. Kelihatan kanak-kanak antara 150 orang yang menyertai senaman yoga anjuran Suruhanjaya Tinggi India di Negara Darussalam sempena Hari Yoga Antarabangsa ke-8 di India House, Jalan Kota Batu, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Sebahagian peserta mengambil bahagian dalam senaman yoga di India House, Jalan Kota Batu kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...