Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Seorang lagi komander kanan JIP terbunuh

    GAZA, 7 OGOS – Komander Kanan Jihad Islam Palestin (JIP) Khaled Mansour disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menurut sayap kumpulan bersenjata, Briged Al-Quds pada Ahad.

    Sebelum ini, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan bahawa seorang komander kanan Jihad Islam di utara Gaza, Tayseer Jabari, terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat.

    Mansour, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan bandar Rafah pada malam Sabtu, lapor Sputnik.

    IDF melancarkan operasi yang digelar Breaking Dawn terhadap gerakan Jihad Islam Palestin di Semenanjung Gaza pada Jumaat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...