Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sepatutnya saya ganyang dia – Puteri Sarah

    Mengotakan janjinya untuk terus mempertahankan hak dirinya dan anak-anak, pelakon Puteri Sarah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) baru-baru ini.

    Muncul menerusi video live Instagram bersama pelakon Nad Zainal, Puteri Sarah menjelaskan kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar.

    Berkongsi mengenai tuntutan itu, Puteri Sarah berkata, ia berkaitan dengan mengganggu ketenteraman dirinya (kes sivil) selain mengganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

    Terdahulu, awal minggu ini, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, memerintahkan Ira Kazar untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

    Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah juga bingung kerana dalam kes tersebut, dirinya seolah-olah orang ketiga yang mengganggu rumah tangga orang lain.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu tindakan yang dilakukan ialah disebabkan dia sudah tidak mampu bertahan kerana dirinya dan keluarga sering diganggu oleh pihak berkenaan.

    Aktres itu menjelaskan, dia tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana ingin menjaga aib suami dan keluarga mentua yang membuatkan dirinya bertahan selama empat tahun.

    Terdahulu menerusi laporan media, Puteri Sarah mengaku sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – Agensi

    Puteri Sarah akan terus mempertahankan hak diri dan anak-anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...