Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Serena, Djokovic diundi sertai Cincinnati

    LOS ANGELES, 20 JULAI – Serena Williams akan bermain dalam kejohanan WTA Terbuka Cincinnati pada bulan hadapan sambil mengorak langkah untuk membuat penampilan semulanya dalam Terbuka AS, kata penganjur kejohanan tersebut kelmarin.

    Juara perseorangan 23 kali Grand Slam itu, yang minggu lalu telah disenaraikan untuk Terbuka Kanada bulan hadapan, dan akan menyertai barisan pemain bintang untuk kejohanan tersebut di gelanggang keras.

    Williams yang merupakan pemenang kejohanan itu pada 2014 dan 2015, menyertai kejohanan tersebut menggunakan ranking khas.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu juga telah bermain dalam perlawanan perseorangan pertamanya dalam setahun semasa kekalahan pusingan pertama di Wimbledon pada bulan lalu dan pada masa yang sama sedang meningkatkan kemunculannya menjelang Terbuka AS.

    Menyertainya di padang untuk kejohanan 13-21 Ogos di Cincinnati nanti ialah pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dan bekas juara termasuk Victoria Azarenka, Madison Keys, Garbine Muguruza dan Karolina Pliskova.

    Aksi Serena Williams semasa perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita di Kejohanan Tenis Wimbledon di London pada 28 Jun 2022. – Xinhua

    Juara Wimbledon, Elena Rybakina, juara utama empat kali, Naomi Osaka dan juara bertahan Terbuka AS , Emma Raducanu turut mengikuti kejohanan tersebut.

    Sementara itu, undian lelaki disertai oleh juara Wimbledon, Novak Djokovic.

    Walau bagaimanapun, dia harus mengubah pendiriannya untuk mengambil vaksin COVID agar dibenarkan untuk bermain.

    Ini ialah berikutan peraturan Amerika Syarikat (AS) yang melarang kemasukan pelawat asing yang tidak divaksin ke negara itu, dan Djokovic sebelum ini berkata beliau tidak bercadang untuk berundur daripada pendiriannya.

    Pada awal bulan ini dia turut mengakui bahawa dia tidak mungkin bermain di AS melainkan syarat kemasukan diubah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...