Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Seronok sertai aktiviti Mengalinga Sejarah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Demi memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan kegiatan positif, seramai 15 peserta terdiri daripada kanak-kanak dan remaja telah menyertai Aktiviti Mengalinga Sejarah anjuran Pusat Sejarah Brunei di bawah Bahagian Penerbitan dan Pemasaran bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei, pagi tadi.

    Hadir menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada tiga orang pemenang dan para peserta bagi aktiviti terakhir bersempena dengan program aktiviti cuti sekolah penggal kedua ini ialah Pegawai Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, Dayang Nurussyakirah binti Abdul Wahab.

    Tempat pertama disandang oleh Dayangku Effa Shafia binti Pengiran Mohd Alinoor diikuti oleh Dayang Nurfatin Munawwarah binti Haji Halus di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Dayangku Naurah Syifa binti Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Acara berkenaan dibahagikan kepada tiga aktiviti iaitu Tayangan Video dan Kuiz Cerita Bergambar Sejarah Brunei; Kuiz Interaktif Sejarah Brunei; dan Teka dan Padan. Setiap peserta diberikan satu slip penyertaan aktiviti yang memaparkan ruangan cap bagi ketiga-tiga aktiviti yang disediakan di mana mereka dikehendaki menyertai dan menyelesaikan kesemua aktiviti berkenaan.

    Peserta boleh memilih aktiviti yang hendak disertai terlebih dahulu dan tidak perlu mengikut susunan dalam slip penyertaan. Hanya aktiviti Teka dan Padan perlu diselesaikan dalam masa dua minit. Bagi setiap penyertaan aktiviti yang berjaya, slip penyertaan peserta berkenaan akan dicap oleh penyelaras setiap aktiviti sebelum menyerahkan slip penyertaan yang telah dicap sepenuhnya kepada penyelaras hadiah untuk proses pemilihan pemenang.

    Aktiviti berkenaan adalah sebahagian daripada Program Aktiviti Cuti Sekolah yang merupakan aktiviti tahunan Pusat Sejarah Brunei yang dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, dengan melibatkan semua bahagian di Pusat Sejarah Brunei.

    Pada tahun ini, dengan bertemakan ‘Sayangi Sejarah Kitani’, Program Aktiviti Cuti Sekolah mengungkayah dan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik dengan menggunakan pelbagai kaedah permainan atau aplikasi menarik sesuai trend pada masa kini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari-hari sebelumnya ialah Kelas Celik Sejarah, Maritah Mewarna Tulisan Jawi, TikTok Sejarah, dan Apakan Tuuu?.

    Gambar ramai para peserta yang telah menyertai Aktiviti Mengalinga Sejarah anjuran Pusat Sejarah Brunei bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...