Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Shell, BSP kerjasama wujudkan CCS

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Bagi meninjau kebolehlaksanaan penghantaran dan penyimpanan karbon untuk Brunei Darussalam dan Singapura, Shell Eastern Petroleum (Shell) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) untuk mewujudkan sebahagian daripada hab Carbon Capture and Storage (CCS) di Asia Tenggara.

    Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh BSP, di bawah MoU berkenaan, kedua-kedua pihak akan menilai pelaksanaan teknikal dan komersial penyimpanan karbon di Negara Brunei Darussalam dan sebarang penyelesaian penghantaran karbon dari Singapura.

    MoU itu juga melengkapkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Singapura untuk meninjau kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi hijau, seperti CCS melalui MoU yang ditandatangani pada Ogos lalu.

    Menurut Pengarah Urusan BSP, Agnete Johnsgaard-Lewis, BSP berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan hubungan sedia ada dan prestasi baik di Brunei dan Singapura untuk membolehkan pembangunan hab CCS yang berpotensi di Asia Tenggara.

    Sementara itu, Pengerusi Syarikat Shell di Singapura, Aw Kah Peng, berkata, “CCS akan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada operasi ketika kami mengubah pelepasan gas CO2 menjadi Shell Energy and Chemicals Park Singapura.

    “Ia juga menawarkan cara untuk mengurangkan pelepasan daripada industri yang sukar dinyahkarbon, seperti yang terdapat di Pulau Jurong, sekali gus membantu Singapura mengurangkan jejak karbonnya semasa kita beralih kepada ekonomi karbon yang lebih rendah,” tambahnya.

    Agnete Johnsgaard-Lewis bergambar bersama Aw Kah Peng semasa majlis yang berlangsung baru-baru ini. – Gambar serahan BSP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...