Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Siti Saleha takut ulangi kesilapan sama

    Seperti wanita lain mengharapkan kebahagiaan hidup berpasangan, aktres kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha, 32, tidak terkecuali.

    Selepas hampir tujuh bulan hidup sendirian apabila berpisah dengan bekas suami, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Nora Elena, Jika Masih Ada Rindu dan 7 Hari Mencintaiku tetap bahagia dengan cara tersendiri.

    Kebahagiaannya lebih terpancar apabila wajahnya makin berseri-seri dan keadaan fizikalnya juga semakin berisi.

    Namun, aktres yang diangkat Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu menganggap barangkali kerana selera makannya kian bertambah.

    Cuba mengorek apakah tafsiran di sebalik kebahagiaan, adakah sudah menemui pengganti, namun, wanita kelahiran Basildon, England itu seakan mengelaknya.

    Siti Saleha sukakan lelaki ringkas. – Agensi

    Mengulas ciri-ciri lelaki diingini, mungkin keinginan sudah bertukar, Saleha berkata, dia sukakan lelaki ringkas.

    “Jika ada lelaki benar-benar sesuai, saya tentunya mahu berkahwin. Lagipun, saya sudah berusia 32 tahun dan mengharapkan dapat membina kehidupan berkeluarga,” katanya kepada BH Online.

    Pemenang trofi Asian Model, Asia Model Festival 2020 di Seoul, Korea Selatan itu berkata, dia bertuah mempunyai sistem sokongan baik daripada orang sekeliling.

    Berbicara mengenai komitmen sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Siti Saleha berkata, penerbit dan pasukan kerja MLS3 menghubungi pengurusnya dua bulan lalu.

    “Saya menerimanya atas dasar mencabar diri untuk keluar dari zon selesa selepas sekian lama berlakon. Sebelum ini, saya pernah cuba menjadi hos program bual bicara, Women Talk di TV3,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...