Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    SMARTER Brunei terima sumbangan daripada BOZA

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Persatuan SMARTER Brunei, hari ini, telah menerima sumbangan daripada Kumpulan Syarikat BOZA dengan majlis penyerahan telah berlangsung di SMARTER cawangan Jalan Sungai Hanching, pada hari ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat BOZA, Awang Khairol Yazimannuddin bin Haji Borhanuddin kepada Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Awang Khairol Yazimannuddin menyatakan bahawa sumbangan itu adalah sebahagian daripada program kebajikan tahunan syarikat tersebut dalam memberikan kembali kepada masyarakat melalui dana syarikat sendiri dan sering dilakukan pada bulan Ramadan.

    Kumpulan Syarikat BOZA merancang untuk melaksanakan satu lagi penyerahan sumbangan kepada Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA) dalam masa terdekat.

    Awang Khairol Yazimannuddin menyerahkan sumbangan untuk SMARTER Brunei kepada Pengiran Zamri. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...