Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SMSA motivasikan pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 NOV – Seramai 22 orang murid pra vokasional dan Tahun 10 Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) telah mengikuti ceramah motivasi yang diadakan di bilik persidangan sekolah berkenaan hari ini.

    Ceramah motivasi berkenaan disampaikan oleh alumni sekolah itu, Awang Mohd Azrul Adeq bin Dulatip dan Awang Syarqawi Sunarto yang dapat memberi inspirasi kepada generasi pelajar kini yang menuntut di sekolah berkenaan.

    Awang Mohd Azrul Adeq kini bekerja sebagai pakar rigger dalam industri minyak dan gas, berkongsi perjalanannya yang bermula dari zaman bangku sekolah itu pada 2009, sehingga akhirnya bekerja dalam industri minyak dan gas.

    Sementara itu, ahli Jawatankuasa Keselamatan Oiltown, Awang Syarqawi Sunarto turut berkongsi pelbagai tip mudah yang boleh diikuti oleh pelajar untuk mencapai matlamat dan misi mereka, di samping memupuk sahsiah dan keperibadian mereka.

    Petua yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk mencapai matlamat yang diperolehi.

    Penceramah berinteraksi bersama pelajar semasa ceramah motivasi berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...