Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Djokovic dahagakan kemenangan

    TURIN, ITALI, 22 NOV – Novak Djokovic, yang baru sahaja memenangi gelaran Finals ATP keenam, berkata, dahagakan kemenangan dan perasaan cinta terhadap tenis adalah perkara yang mendorongnya untuk mengejar kejayaan.

    Pemain yang berumur 35 tahun itu gemar mencipta sejarah dan sasaran utamanya adalah rekod keseluruhan kejuaraan Grand Slam yang dipegang oleh Rafael Nadal iaitu sebanyak 22 kemenangan.

    Kedua-dua pemain itu sepatutnya bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan pembukaan Grand Slam Terbuka Australia pada bulan Januari depan.

    Djokovic berkata, kesakitan badan dan sengal otot sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sehariannya.

    Maka, dia perlu mencari alasan untuk bangun daripada tidurnya.

    “Ada kalanya awda akan berasa sakit di sini, sana, awda tidak rasa ingin bangun pagi,” kata Djokovic selepas menewaskan Casper Ruud dan menjadi pemain paling tua memenangi kejohanan penghujung musim.

    Reaksi Djokovic meraikan kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Casper Ruud, baru-baru ini. – AFP

    “Mesti ada sesuatu, apa-apa saja, yang membuatkan kita mahu bangun daripada katil.

    “Sama ada jiwa, minda, atau apa-apa saja kekuatan dalam diri awda.”

    Bagi pemain dari Serbia itu, kekuatannya ialah kejayaan.

    “Bagi saya, ia adalah rasa dahaga untuk menang. Rasa cinta terhadap permainan. Minat.”

    Semua perasaan inilah yang mendorongnya untuk mencipta sejarah. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...