Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Soroti zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Abd ‘Aziz

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Melihat akan pentingnya membangun sebuah negara Islam yang aman makmur dan mapan dalam semua bidang khasnya dari aspek pembangunan dan pemantapan ekonomi bercalakkan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah menganjurkan Forum Ekonomi Islam, kelmarin.

    Forum bertajuk ‘Pengupayaan Ekonomi Negara Islam: Sorotan Pengurusan Perbendaharaan Negara Pada Zaman Pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz’ itu berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022.

    Forum turut menyaksikan pelancaran dua buah buku FEKIm terbitan UNISSA Press iaitu Digitalising Islamic Economics and Finance dan Islamic Economics (iEco) International Referred Journal.

    Pelancaran buku-buku itu disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Ahli-ahli panel forum tersebut terdiri daripada Penolong Kanan Profesor dan Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA, Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin; Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Terengganu Darul Iman, Dr Ahmad Azrin bin Adnan dan Profesor Kanan Ekonomi Kewangan Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fellow AmBank Group Resident, Yayasan Kepimpinan Perdana, Malaysia, Dr Abdul Ghafar bin Ismail.

    Forum bertujuan untuk menyoroti kembali sejarah kegemilangan zaman pemerintahan Islam Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz dalam memerangi isu kemiskinan dan untuk menyoroti kembali jenis serta bentuk sumber pendapatan ekonomi utama empayar Islam yang meletakkan pemerintahan Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz di dalam carta sejarah kegemilangan peradaban kerajaan Islam.

    Di samping itu, ia juga menyoroti tadbir urus harta kekayaan baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz sehingga dapat mewujudkan sebuah negara Islam yang berkat dihujani dengan nikmat yang datang dari langit dan bumi, dan mengenal pasti jenis sumber pendapatan ekonomi Islam yang boleh diadaptasi pada zaman pemerintahan Islam moden.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bersama-sama melancarkan dua buah buku baharu FEKIm, UNISSA.
    Barisan ahli panel pada Forum Ekonomi Islam yang menyoroti kembali sejarah kegemilangan zaman pemerintahan Islam Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...