Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    SpaceX hantar empat angkasawan NASA

    CAPE CANAVERAL, 27 APRIL – SpaceX menghantar empat angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa untuk NASA hari ini, kurang dua hari selepas menamatkan penerbangan yang disewa oleh ahli jutawan.

    Ia adalah kru NASA pertama yang terdiri daripada lelaki dan wanita, termasuk wanita kulit hitam pertama yang mengadakan penerbangan angkasa jangka panjang, Jessica Watkins.

    Angkasawan dijangka tiba di stesen angkasa malam ini, 16 jam selepas pelepasan dari Pusat Angkasa Kennedy pada awal pagi. Mereka akan menghabiskan lima bulan di makmal orbit.

    SpaceX kini telah menghantar lima kru NASA dan dua penerbangan persendirian dalam masa kurang dua tahun. Syarikat Elon Musk baru sahaja membawa tiga ahli perniagaan ke stesen angka sebagai tetamu peribadi pertama NASA.

    Seminggu selepas kru baharu tiba, ketiga-tiga warga Amerika dan Jerman yang diganti mereka akan kembali ke Bumi dalam kapsul SpaceX mereka sendiri. Tiga warga Rusia juga tinggal di stesen angkasa.

    SpaceX dan pegawai NASA menekankan mereka mengambil langkah untuk memastikan keselamatan anggota kru. Misi persendirian yang berakhir pada Isnin tidak berdepan masalah besar, menurut mereka, walaupun angin kencang menangguhkan pendaratan selama seminggu.

    Penerbangan persendirian yang baru berakhir merupakan percubaan pertama NASA dalam sektor pelancongan angkasa lepas selepas menerima tentangan bertahun-tahun lamanya. Agensi angkasa lepas berkata tiga orang yang membayar AS$55 juta setiap seorang untuk melawat stesen angkasa dapat menyesuaikan diri ketika menjalankan eksperimen dan pendidikan. Mereka ditemani bekas angkasawan NASA yang digaji Angkasa Axiom, yang mengatur penerbangan itu.

    “Stesen Angkasa Antarabangsa bukan tempat percutian. Ia bukan taman hiburan. Ia adalah makmal antarabangsa, dan mereka memahami dan menghormati matlamat tersebut,” kata pengarah penerbangan NASA Zeb Scoville. – AP

    Roket SpaceX Falcon berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...