Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Spesies cicak baharu ditemui

    LIMA, 26 JAN – Para saintis telah me-nemui spesies cicak baharu di kawasan semula jadi yang dilindungi di Cusco, tenggara Peru, kata pegawai taman negara baru-baru ini.

    “Taman Negara Otishi memperkenalkan spesies cicak baharu kepada sains,” menurut Perkhidmatan Kebangsaan Kawasan Semula Jadi Dilindungi Negara dalam satu kenyataan.

    Spesies baharu itu, dinamakan Proctoporus titans, ditemui di pergunu-ngan Andes pada ketinggian 3,241 meter.

    Cicak berkenaan berwarna kelabu gelap dengan bintik-bintik kuning dan emas di sisi dan kepalanya. Ia mempunyai ekor yang lebih panjang daripada badannya, dan sisik dorsal beralur dan sisik prefrontal. Taman Negara Otishi ialah kawasan yang dilindungi di wilayah Cusco dan Junín, meliputi hampir 306,000 hektar hutan pergunungan. – AFP

    Gambar edaran tanpa tarikh yang dikeluarkan pada 16 Januari oleh Sistem Kawasan Semula Jadi Kebangsaan yang Dilindungi oleh Negara (SERNANP) menunjukkan spesies cicak baharu yang dipanggil ‘Proctoporus titans’ di Taman Negara Otishi di Cusco, Peru. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...