Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SPK, skim baharu yang lebih inklusif

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah meneruskan lagi pemberigaan mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) dengan mengadakan sesi taklimat mengenainya untuk kementerian-kementerian di sektor kerajaan. 

    Sesi yang berlangsung di tiga buah kementerian tersebut dihadiri oleh seramai 704 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Menurut kenyataan TAP, sesi taklimat tersebut antara lain menerangkan mengenai objektif penubuhan SPK yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesejahteraan sosial ahli-ahli TAP semasa bersara dengan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran-cabaran yang dihadapi seperti penggunaan kaedah kadar penggantian pendapatan (IRR) untuk memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik kepada setiap golongan terutama sekali yang berpendapatan rendah, pembayaran anuiti atau bulanan dipanjangkan sehingga sepanjang hayat bagi menangani kadar umur yang semakin meningkat, berkaitan jenis pengeluaran SPK yang lebih fleksibel dan membolehkan pengeluaran bagi kegunaan ahli sebelum bersara, kebajikan tanggungan menerusi perlindungan bagi tanggungan lebih diperluaskan bukan sahaja sebelum bersara tetapi juga sehingga selepas bersara. 

    Skim baharu itu juga adalah lebih inklusif, di mana ia bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja di sektor formal, malah dibukakan juga kepada ahli-ahli yang bekerja di sektor tidak formal atau mereka yang bekerja sendiri untuk mempunyai simpanan persaraan. Sesi tersebut dimulakan dengan penerangan daripada pengarah urusan TAP dan seterusnya taklimat disampaikan oleh pemangku timbalan pengarah urusan TAP.

    Selain daripada sesi taklimat, peserta juga diberikan peluang untuk memberikan maklum balas mengenai SPK semasa sesi aktiviti untuk meningkatkan lagi kefahaman peserta mengenai SPK.

    Pemberigaan berkenaan akan diteruskan pada Jun depan dan diadakan secara berperingkat sepertimana yang dijadualkan ke kementerian-kementerian, sektor swasta, sektor informal dan juga majikan-majikan. 

    Antara pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan yang hadir semasa sesi taklimat mengenai SPK yang dijalankan oleh TAP.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...