Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    S’pura kutuk serangan ke atas konvoi kemanusiaan ASEAN di Myanmar

    SINGAPURA, 9 MEI – Singapura mengutuk serangan ke atas konvoi kemanusiaan ASEAN di Negeri Shan, Myanmar yang turut disertai dua pegawai Kedutaan Singapura di Yangon.

    “Dua pegawai Kedutaan Singapura di Yangon menyertai konvoi itu. Mereka selamat dan telah kembali ke Yangon,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Isnin (8 Mei).

    Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab pertanyaan media mengenai kejadian berkenaan.

    “Singapura mengutuk serangan ini. Menjaga keselamatan kakitangan kemanusiaan dan diplomatik sangat penting bagi memastikan mereka dapat meneruskan operasi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    “Singapura menggesa semua pihak untuk menahan diri daripada keganasan mengikut Konsensus Lima Perkara. Hanya dialog yang membina dalam kalangan semua pihak berkepentingan utama di Myanmar boleh memudahkan penyelesaian secara aman untuk kepentingan rakyat Myanmar,” kata jurucakap itu.

    Walaupun masih belum jelas bila dan siapa yang menyerang pegawai-pegawai itu, perdana menteri bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar, Mahn Win Khaing Than, dilaporkan menyalahkan junta tentera yang berkuasa di negara itu atas serangan itu.

    “Serangan konvoi di Negeri Shan yang kononnya dilakukan oleh PDF (Pasukan Pertahanan Rakyat anti-junta) oleh tentera Myanmar tidak masuk akal,” katanya dalam ciapan kelmarin.

    Beliau berkata negeri Shan wilayah terbesar daripada 14 bahagian pentadbiran Myanmar, dikawal ketat oleh tentera dan pasukan Pertubuhan Revolusi Etnik (ERO). – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...