Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Sri Lanka perkenal visa jangka panjang

    COLOMBO, 8 MAC – Kabinet Sri Lanka hari ini meluluskan cadangan untuk menawarkan visa jangka panjang kepada pelancong yang berminat melabur di negara itu, lapor Xinhua.

    Menteri Belia dan Sukan, Namal Rajapaksa, dalam satu kenyataan berkata cadangan itu dikemukakan Presiden Gotabaya Rajapaksa dan diluluskan kabinet. 

    Namal berkata langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan ketara, tetapi juga menggalakkan lebih ramai profesional serta pakar untuk melabur, bekerja dan menetap di Sri Lanka.

    Lembaga Pelaburan (BOI) Sri Lanka pada minggu lepas menyatakan negara ini menyasarkan untuk menarik AS$3 bilion dalam FDI menjelang 2026 dan BOI telah memuktamadkan pelan strategik bagi tempoh 2022 hingga 2026.

    Mengikut rancangan BOI, hasil eksport dengan pelaburan baharu dijangka mencecah AS$15 bilion menjelang 2026 dengan lebih 100,000 peluang pekerjaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...