Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Surcaj tambahan tampung kos bahan bakar mampan

    PARIS, 11 JAN – Syarikat Air France-KLM semalam berkata ia akan mengenakan surcaj tambahan sehingga 12 euro ke atas tiketnya bagi mengimbangi kos penggunaan bahan bakar penerbangan mampan yang lebih mahal.

    Air France berkata levi bahan bakar akan ditambah dalam tiket bermula 10 Januari.

    Pengembara kelas ekonomi akan membayar antara satu dan empat euro lebih tinggi sementara bagi kelas peniagaan akan dikenakan bayaran 1.5 euro dan 12 euro, tertakluk kepada jarak destinasi mereka, ia berkata dalam notis kepada pelanggan mereka.

    Syarikat rakan kongsi Air France, KLM dan syarikat subsidiari tambang murah, Transavia akan turut melaksanakan surcaj bagi penerbangan pelepasan dari Perancis dan Belanda, menurut pengumuman syarikat, dan menambah ia akan menggantikan antara 0.5 peratus dan satu peratus kerosin yang digunakan dengan alternatif lebih mampan.

    Bahan bakar penerbangan mampan atau SAF dihasilkan dari minyak makan atau sisa perhutanan atau pertanian.

    Ia membolehkan syarikat penerbangan untuk mengurangkan pencemaran karbon sehingga 75 peratus berbanding dengan kerosin sepanjang kitaran hayat bahan bakar.

    Bahan bakar jet ketika ini merekodkan antara 20 dan 30 peratus kos penerbangan.

    Penggunaan SAF, yang empat dan lapan kali lebih mahal, dilihat perlahan.

    Paras penghasilan ketika ini menurun jauh daripada yang diperlukan untuk memacu kapal penerbangan dunia.

    Pada 2019, bahan bakar mampan mewakili kurang 0.1 peratus daripada 360 bilion liter bahan bakar yang digunakan oleh industri penerbangan.

    Air France berkata ia yakin bahawa kos SAF akan menurun ketika lebih banyak negara-negara Eropah memulakan penghasilan secara besar-besaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...