Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tabuan Muda tewas di tangan Laos

    Oleh Fadhil Yunus

    INDONESIA, 7 OGOS – Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam Bawah 16 Tahun (B16) menamatkan kempen dalam Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) B16 dengan kekalahan 10-0 kepada Laos di Stadium Sultan Agung, Bantul, Indonesia, petang tadi.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim mengetuai pasukan B16 dan membuat penampilan ketiga dalam kejohanan tersebut. Sebelum ini, pasukan kebangsaan B16 mencatatkan kekalahan menentang Timor Leste lima hari lalu.

    Pasukan Tabuan Muda juga tewas 5-0 semasa perlawanan pembukaan peringkat kumpulan ke atas Thailand di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Isnin lalu.

    Penyerang Laos, Thanousack Nanthavongdauangsy dan pemain tengah Sayfon Keohanam berjaya meledak empat gol.Nanthavongdauangsy membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum ketua pasukan, Keohanam menggandakan jaringan pada minit ke-26 melalui sepakan penalti.

    Laos menambah jaringan tiga minit kemudian melalui percubaan Nanthavongdauangsy sebelum Keohanam menjadikan kedudukan 4-0 sembilan minit kemudian. Pasukan Laos terus menggempur pertahanan Tabuan Muda dan Nanthavongdauangsy berjaya meledak hatrik pada minit ke-67 sebelum diganti oleh Xayxana Sihalath seminit kemudian.

    Sementara itu dalam perlawanan berasingan, Thailand berjaya menundukkan Timor Leste 4-1 sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati dengan mengutip tujuh mata, dua mata di hadapan Laos.

    Aksi YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa mewakili pasukan B16 menentang Laos di Stadium Sultan Agung, Bantul, Indonesia, kelmarin. – Gambar serahan AFF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...